Arabic Word of the Day
seronok belajar b.arab?
Date | 06/10/2010 |
---|---|
By | hana |
Subject | xminat b.arab |
salam..ustaz..
saya belajar di sebuah sekolah agama..tetapi masalahnya saya tidak berapa minat belajar b.arab..b.arab membuat saya b0ring dan kadang2 rasa menyusahkan..dan saya xbrape faham ape yang ustaz saya ajar di sekolah..
bolehkah ustaz bagitau saya cara-cara untuk saya meminati b.arab??
———
Date | 07/10/2010 |
---|---|
By | ustaz |
Subject | Re: xminat b.arab |
minat adalah suatu yang relatif. sebagai seorang muslim, pertama sekali fahamilah bahawa belajar bahasa arab adalah satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. kita mesti belajar bahasa alQur'an ini untuk memahami Kitabullah dan hadis Nya. Sama ada minat atau tidak , kita kena bersungguh-sungguh mempelajari bahasa yang yang bukan bahasa ibu kita. Tetapi kita kena ingat ia adalah bahasa Nabi kita.
Cara belajar: sekarang ini ada banyak kemudahan tersedia di hujung jari anda. Ada banyak laman web yang akan / sedang membantu pelajar seperti anda mempelajari bahasa Nabi kita ini yg disayangi ini. Antaranya selalu lah ikuti laman web ustaz, dari masa ke semasa ustaz akan menyiarkan laman web yang bagus berkaitan pembelajaran bahasa nabi kita ini. Disamping itu, ustaz akan siarkan nota dan bahan [boleh dimuat turun "percuma'] yang membantu anda di laman web ini. Insya Allah, harap anda tidak jemu mengunjungi laman web ustaz ini. Ustaz doakan anda berjaya. wassalam
———
Date | 09/10/2010 |
---|---|
By | hana |
Subject | Re: Re: xminat b.arab |
time ksh ustaz..
———
Date | 17/09/2010 |
---|---|
By | kyo_92kof |
Subject | seronok tapi...??? |
Seronok blajar bahasa arab kalau kita betul-betul memahaminya...masalah saya dalam blajar bahasa arab nih ialah selalu lupa qawaid, padahal dah berulang kali blajar yg sama, susah betul nk ingat....bleh tak ustaz bg tips cam mana nak meningkatkan ingatan kepada bahasa arab ni..
———
Date | 19/09/2010 |
---|---|
By | ustaz |
Subject | Re: seronok tapi...??? |
lupa ubatnya hafal. kena hafal dan hafal sampai ingat. lupa lawannya ingat. jadi kenalah ingat qawaid/formulanya. selalunya ramai pelajar yang cuba hafal tajuk yang dia belum faham betul2. so kena faham dulu formula tu baru lah dihafal. kalau tak faham, kenalah tanya ustaz atau yang lebih reti. semoga anda termasuk dari kalangan orang faham sebelum menghafal. شكرا جزيلا